Saturday, August 8, 2009

Jadi, berapa harganya?

Jadi, berapa harganya?

Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan . Joomla! adalah percuma dan terbuka kepada semua di bawah lesen GPL. Untuk keterangan lanjut berkenaan hal ini, sila lawati http://www.joomla.org/content/view/5/6/.

Kami tidak akan mengatakan bahawa Joomla! adalah sistem yang sempurna, dan kami juga tidak menjanjikan ia akan memenuhi keperluan semua pengguna di seluruh dunia. Tetapi, pada kebanyakan penghasil dan pengeluar aplikasi web, perisian kami di dapati amat sesuai untuk tujuan ini.

Kami menambah ciri-ciri baru pada setiap keluaran dengan bantuan serta khidmat nasihat dari pengguna komuniti Joomla!; dan kami akan meneruskan penghasilan perisian yang akan memenangi anugerah ini pada tahun-tahun akan datang.

Joomla! untuk Pengeluar dan Pengaturcara

Joomla! untuk Pengeluar dan Pengaturcara

Banyak syarikat atau organisasi mempunyai keperluan di luar dari apa yang ditawarkan di dalam pakej Joomla! atau modul-modul tambahan yang terdapat di dalam direktori Joomla! Extension.

Terima kasih kepada Joomla! kerana menawarkan bingkai-kerja yang berguna yang membolehkan pengeluar dan juga pengaturcara untuk membangunkan modul tambahan Joomla! yang mampu memperluaskan lagi penggunaan Joomla! tanpa batasan dan had.

Dengan menggunakan teras bingkai-kerja Joomla! pengeluar dan pengaturcara boleh:

• Sistem e-dagang bersepadu
• Sistem pengawalan inventori
• Alatan penghasil laporan data
• Katalog produk
• Direktori perniagaan yang kompleks
• Sistem penempahan
• Alatan komunikasi
• Penghubung aplikasi

atau apa sahaja aplikasi yang sesuai dengan penggunaan yang unik.

Jika syarikat atau organisasi anda mengupah pengaturcara Joomla! pihak ketiga yang menggunakan bingkai-kerja Joomla!, anda membangunkan satu platform terbuka yang tidak akan terikat dengan mana-mana pengaturcara atau mana-mana pemilik, platform tertutup.

Anda boleh belajar tntang pembangunan modul dengan bingkai-kerja Joomla! pada rangkaian pengeluar dan pengaturcara di http://dev.joomla.org/. Kelebihan yang terdapat pada Joomla! ialah mengguna semuala bingkai0kerja yang kami sediakan untuk menghasilkan sesuatu aplikasi untuk pengguna akhir anda pada persekitaran yang mudah dan berguna.

Membawa Joomla! ke Paras Seterusnya

Membawa Joomla! ke Paras Seterusnya

Pada dasarnya, Joomla! dapat membantu kita menguruskan kandungan yang diperlukan untuk menjadikan halaman web kita sempurna. Tetapi, untuk sesetengah pengguna, kehebatan sebenar Joomla! terletak pada bingkai-kerja yang mana ia membolehkan pengeluar dan juga pengaturcara di seluruh dunia untuk membangunkan modul-modul tambahan (juga dipanggil sebagai Extension dan mempunyai kategori Components, Modules dan Mambots) untuk Joomla!. Berikut merupakan beberapa contoh modul-modul yang sedia ada:

• Penghasil borang dinamik
• Direktori perniagaan atau organisasi
• Pengurusan dokumen
• Galeri imej dan multimedia
• Enjin e-dagang dan troli belian
• Forum dan perisian chat
• Kalendar
• Perisian blog
• Surat berita e-mel
• Alatan pengumpul data dan alatan penghasil laporan
• Sistem kain rentang pengiklanan

serta banyak lagi.

Anda boleh dapati contoh-contoh ini di dalam halaman direktori Joomla! Extension di http://extension.joomla.org. Anda mungkin akan terkejut dengan jumlah modul-modul yang dihasilkan oleh komuniti pengeluar dan juga pengaturcara yang aktif.

Joomla! untuk Pengguna Akhir

Joomla! untuk Pengguna Akhir

Pakej asas Joomla! dibangunkan bagi memudahkan penggunaannya, walaupun untuk mereka yang tiada kemahiran pengaturcaraan. Kebanyakan pengguna tidak menghadapi sebarang masalah menggunakan perisian kami, dan terdapat banyak sumber rujukan yang terdapat di dalam forum komuniti Joomla! di http://forum.joomla.org.

Setelah instalasi Joomla! selesai dan boleh digunakan, pengguna yang tiada asas teknikal akan mendapati amat mudah untuk menambah atau mengubahsuai kandungan, muat naik dan menambah imej, dan juga mengurus data-data kritikal untuk syarikat atau organisasi anda. Sesiapa sahaja yang mempunyai asas menggunakan pemprosesan perkataan (seperti Microsoft Word atau Wordpad) dapat menguruskan halaman web Joomla! dengan mudah.

Anda dengan mudah boleh menambah item berita baru, menguruskan halaman staff, dan mencipta Sections, Categories dan Content Items yang tiada batasan jumlah di dalam halaman web anda dengan menggunakan antaramuka berasaskan-pelayar web yang mudah.

Apa itu Content Management System

Apa itu Content Management System

CMS merupakan sistem perisian komputer yang digunakan untuk mengorganisasi dan memudahkan pembangunan dokumen dan juga kandungan lain. CMS biasanya adalah satu aplikasi web yang digunakan untuk menguruskan halaman web dan juga kandungan web.

Selamat datang ke Joomla!

Terima kasih kerana memilih perisian Joomla! Content Management System (CMS)! Anda telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Open Source Content Management System yang paling hebat dan versatil.

Joomla! adalah CMS yang memenangi anugerah banyak anugerah yang dapat membantu anda membina halaman web dan juga aplikasi atas talian lain. Malahan, yang paling baik sekali ialah Joomla! merupakan perisian Open Source yang mana ianya boleh digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja.