Saturday, August 8, 2009

Membawa Joomla! ke Paras Seterusnya

Membawa Joomla! ke Paras Seterusnya

Pada dasarnya, Joomla! dapat membantu kita menguruskan kandungan yang diperlukan untuk menjadikan halaman web kita sempurna. Tetapi, untuk sesetengah pengguna, kehebatan sebenar Joomla! terletak pada bingkai-kerja yang mana ia membolehkan pengeluar dan juga pengaturcara di seluruh dunia untuk membangunkan modul-modul tambahan (juga dipanggil sebagai Extension dan mempunyai kategori Components, Modules dan Mambots) untuk Joomla!. Berikut merupakan beberapa contoh modul-modul yang sedia ada:

• Penghasil borang dinamik
• Direktori perniagaan atau organisasi
• Pengurusan dokumen
• Galeri imej dan multimedia
• Enjin e-dagang dan troli belian
• Forum dan perisian chat
• Kalendar
• Perisian blog
• Surat berita e-mel
• Alatan pengumpul data dan alatan penghasil laporan
• Sistem kain rentang pengiklanan

serta banyak lagi.

Anda boleh dapati contoh-contoh ini di dalam halaman direktori Joomla! Extension di http://extension.joomla.org. Anda mungkin akan terkejut dengan jumlah modul-modul yang dihasilkan oleh komuniti pengeluar dan juga pengaturcara yang aktif.

0 comments:

Post a Comment