Saturday, August 8, 2009

Joomla! untuk Pengeluar dan Pengaturcara

Joomla! untuk Pengeluar dan Pengaturcara

Banyak syarikat atau organisasi mempunyai keperluan di luar dari apa yang ditawarkan di dalam pakej Joomla! atau modul-modul tambahan yang terdapat di dalam direktori Joomla! Extension.

Terima kasih kepada Joomla! kerana menawarkan bingkai-kerja yang berguna yang membolehkan pengeluar dan juga pengaturcara untuk membangunkan modul tambahan Joomla! yang mampu memperluaskan lagi penggunaan Joomla! tanpa batasan dan had.

Dengan menggunakan teras bingkai-kerja Joomla! pengeluar dan pengaturcara boleh:

• Sistem e-dagang bersepadu
• Sistem pengawalan inventori
• Alatan penghasil laporan data
• Katalog produk
• Direktori perniagaan yang kompleks
• Sistem penempahan
• Alatan komunikasi
• Penghubung aplikasi

atau apa sahaja aplikasi yang sesuai dengan penggunaan yang unik.

Jika syarikat atau organisasi anda mengupah pengaturcara Joomla! pihak ketiga yang menggunakan bingkai-kerja Joomla!, anda membangunkan satu platform terbuka yang tidak akan terikat dengan mana-mana pengaturcara atau mana-mana pemilik, platform tertutup.

Anda boleh belajar tntang pembangunan modul dengan bingkai-kerja Joomla! pada rangkaian pengeluar dan pengaturcara di http://dev.joomla.org/. Kelebihan yang terdapat pada Joomla! ialah mengguna semuala bingkai0kerja yang kami sediakan untuk menghasilkan sesuatu aplikasi untuk pengguna akhir anda pada persekitaran yang mudah dan berguna.

0 comments:

Post a Comment