Saturday, August 8, 2009

Joomla! untuk Pengguna Akhir

Joomla! untuk Pengguna Akhir

Pakej asas Joomla! dibangunkan bagi memudahkan penggunaannya, walaupun untuk mereka yang tiada kemahiran pengaturcaraan. Kebanyakan pengguna tidak menghadapi sebarang masalah menggunakan perisian kami, dan terdapat banyak sumber rujukan yang terdapat di dalam forum komuniti Joomla! di http://forum.joomla.org.

Setelah instalasi Joomla! selesai dan boleh digunakan, pengguna yang tiada asas teknikal akan mendapati amat mudah untuk menambah atau mengubahsuai kandungan, muat naik dan menambah imej, dan juga mengurus data-data kritikal untuk syarikat atau organisasi anda. Sesiapa sahaja yang mempunyai asas menggunakan pemprosesan perkataan (seperti Microsoft Word atau Wordpad) dapat menguruskan halaman web Joomla! dengan mudah.

Anda dengan mudah boleh menambah item berita baru, menguruskan halaman staff, dan mencipta Sections, Categories dan Content Items yang tiada batasan jumlah di dalam halaman web anda dengan menggunakan antaramuka berasaskan-pelayar web yang mudah.

0 comments:

Post a Comment